Kisah hidupnya tular di laman sosial apabila baru-baru ini apabila gambar lelaki cacat penglihatan sedang mendakap bayi dirakam dalam pengangkutan awam.
Gambar itu dimuat naik oleh seorang wanita melalui akaun Facebooknya pada 5 Januari lalu dan sehingga kini dikongsi lebih 10,000 pengguna yang rata-rata melahirkan perasaan kagum dengan kebolehan lelaki buta itu.
Malah, keterbatasan tak menjadikan ayah tabah itu memberi alasan atau mengeluh kerana terpaksa menghantar anaknya ke tempat asuhan dengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) setiap hari.